PKFZ: Apa cerita tangguh lagi?

Membaca laporan berita The Sun hari ini (15 Mei 2009), salah satu tajuk yang membuatkan kita berfikir lagi berkenaan isu PKFZ:

PKFZ report delayed yet againTwo weeks. That is how long it will take for the Port Klang Free Zone (PKFZ) report to be made public – and that too, if there are no other legal or technical issues to throw a spanner in the works.

"Laporan PKFZ ditangguh lagi. 2 minggu. Itulah tempoh masa yang diperlukan untuk laporan Kawasan Bebas Cukai Pelabuhan Klang akan didedahkan kepada umum – dan bergantung juga, sekiranya tiada isu perundangan atau isu-isu teknikal yang akan ditimbulkan, merencatkan lagi usaha tersebut”

Dalam laporan yang sama juga turut menjelaskan PriceWaterhouseCoopers (PwC) badan audit bebas turut risau untuk mendedahkan laporan tersebut. Dalam waktu yang sama pihak Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dalam mesyuarat pengarahnya, tidak mahu memberikan jaminan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang (letter of indemnity), sekiranya timbul salah tafsiran dan ‘tersalah lapor’.

Laporan itu juga menyebut, menurut sumber tertentu, mesyuarat pihak PKA dikatakan 'hangat' dimana sebahagian lembaga pengarah mempersoalkan apa keperluan didedahkan laporan tersebut – peningkatan mendadak kos projek dari RM1.08 billion ke RM4.6 billion disebabkan lonjakan harga (dari yang sepatutnya mengikut penilaian projek), rasuah, penajaan dan kegagalan perancangan.

Laporan yang sepatutnya diterbitkan untuk tatapan umum minggu ini kini tertangguh lagi. 2 minggu dan mungkin lebih. Yang pasti akan ada banyak pendedahan-pendedahan eksklusif yang melibatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di peringkat nasional dan juga negeri (yang sebelum ini didedahkan penglibatan ADUN ‘subsidi’ Sementa, YB Dato Rahman Palil yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor).

Bukan beliau sahaja. Kalau diikuti kronologi isu PKFZ ini, kita juga akan lihat nama-nama lain seperti Datuk Abdul Rashid Asari bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar, merupakan rakan kongsi Datuk Seri Tiong King Sing dalam Kuala Dimensi Sdn Bhd dan juga Faizal Abdullah yang kini menjawat Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar. Untuk Pengetahuan Datuk Rashid dan juga Faizal Abdullah merupakan dua nama yang dikatakan akan dicalonkan untuk menjadi calon BN di Selat Klang semasa PRU ke-12 baru-baru ini.

Masih diingat lagi kempen dan lobi-melobi yang kuat di Selat Klang ketika itu. Tapi akhirnya Norliza juga yang bertanding untuk menentang calon muslimat kita YB Dr Halimah Ali ketika itu. Tapi awas, kemungkinan Faizal Abdullah sedang mengintai tempat untuk menjadi calon di Selat Klang untuk PRU akan datang.

Dalam erti kata lain, kita akan terus memantau isu PKFZ ini dan sejauh mana pemimpin-pemimpin UMNO ini menggunakan kedudukan mereka mewujudkan keadaan 'conflict of interest' mengaut keuntungan hasil dari kedudukan politik mereka.

Teruskan memerhati. Kita hendak tunggu laporan PKFZ ini. Mereka akan melihat nasib mereka nanti andai mereka teringin untuk menjadi calon BN di peringkat DUN mahupun Parlimen di Kapar untuk PRU yang akan datang ini.



-MSR- Lajnah Penerangan, Dakwah dan IT DPPK

0 ulasan: