Satu Tahun Meniti Kematangan

SELAMAT MENYAMBUT SATU TAHUN
PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI SELANGOR


Sedar tak sedar sudah setahun Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di negeri Selangor dan beberapa negeri yang lain iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Manakala Kelantan pula sudah jauh ke depan, namun Perak terumbang-ambing tidak ketentuan. Dalam tempoh itu, bukan sedikit pengalaman dan pengajaran telah dikutip di sepanjang perjalanan liku dan onak, pahit dan jerih suasana baru memerintah ini.

Umum mengetahui tragedi bersejarah di negeri Perak telah memahat kesan yang sangat mendalam di dalam lipatan sejarah negara. Ia sepatutnya menjadi iktibar untuk semua terutama pemimpin dan negarawan agar berjiwa besar dan memandang jauh ke hadapan.

Suasana politik negara tidak lagi seperti sebelum PRU 12, BN yang menerajui pemerintahan negara tidak lagi boleh dianggap kerajaan yang stabil kerana telah kehilangan 2/3 majoriti. Pakatan Rakyat pula tidak menjadi kerajaan yang kuat di negeri-negeri yang diperintahnya kerana situasi yang sama bahkan suasana baru memerintah itu menuntut banyak perkara rumit untuk diselesaikan yang bukan sedikit untuk dikorbankan.

Suasana PRU 13 akan datang pula masih tidak ketentuan lagi. Sedang suasana semasa semakin menuntut kepada kejituan kepimpinan Negara bagi memimpin rakyat menghadapi situasi yang kian sukar saban hari. Situasi kesan ekonomi global nampaknya semakin dirasai rakyat, sedang pemimpin Negara masih dibuai arus politik tak tentu sini dan sana.

Justeru apabila Tuan Guru Presiden telah melontarkan idea ‘unity government’ pasca Muktamar Sanawi PAS Pusat. Ramai yang sangsi dengan idea ini dan tidak kurang juga yang sinis dengannya walaupun belum mendapat keterangan lanjut. Bahkan media segera melaga-lagakan pandangan berbeza Tuan Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul Am.

Apa pun perkara ini perlu diperhalusi secara matang dan segar. Forum Muktamar Sanawi PAS Pusat adalah ruang yang paling tepat untuk para ahli bijaksana PAS untuk sisi idea ini untuk dilumatkan dan dalami maksud sebenarnya oleh semua.

1 ulasan:

pemuda berani meru berkata...

Salam....Tahniah diatas sambutan ulangtahun pertama yang disambut secara meriah...namun harus diingat manifesto PRU12 yang lalu dah selesai ker..??? Tentang Kerajaan Campuran UMNO dan Pas tidak mustahil malah lebih baik sekiranya kedua-dua pihak menolak tepi keegoan masing-masing demi menjaga kepentingan rakyat dan negara...