Setelah Panas Berlalu..,


Blog ini telah wujud beberapa ketika dahulu.. Wujudnya diam-diam, tidaklah dihebohkan pada sesiapa.. Namun bila ada kawan2 yang mahu tubuhkan blog di bawah jenama DPPKapar (Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar), saya segera 'delete'kan blog ini.

Keutamaan mesti pada Jemaah dan keputusan musyawarah! Semangat yang timbul umpama panas tidak boleh dibasahi hujan.. nanti jadi hujan panas yang boleh datangkan penyakit pula!

Namun setelah sekian waktu menunggu, kemunculan yang hampir pasti timbul.. sirna akhirnya! Panas yang ada pun sudah berlalu, sabar menunggu diganti penantian yang tak tentu. Biarlah diganti dengan hujan.

Harapnya hujan yang ditunggu-tunggu, bukan menjadi bah yang menderu. Hujan itu biarlah yang bakal menyirami tunas muda bumi Kapar. Tunas yang bakal berkembang dan mekar menjadi buah dan membiak benih perjungan.. Buah yang subur dan memaksa akar terus mengakar, memaksa batang terus membesar, memaksa dahan terus bercabang, memaksa daun terus merimbun... memayungi semangat panas yang menggegar!!

0 ulasan: