Malam itu saya dan kawan-kawan ambil keputusan untuk tidur di dewan dekat kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Itu pun tidur-tidur ayam saja dengan rakan-rakan Unit Amal yang lain. Tak banyak bicara kami sesama sendiri, semuanya menanti hari esok dengan penuh tanda tanya.

Menelusuri jalan-jalan di bandaraya Ipoh sebelum sampai ke sini pun terasa begitu sunyi dan asing. Tapi tak nampak pula tanda-tanda pergolakan sedang berlaku dalam kerajaan negeri ini. Tak ada suasana hiruk pikuk selain gambaran media perdana yang betul-betul berat sebelah itu.

Rumah ini bakal menjadi saksi sejarah. Ia ibarat kubu rakyat atau kubu kerajaan pilihan rakyat yang sedang dibunuh. Sejarah telah terpahat, barangkali paling manis dan paling panjang ceritanya untuk disampaikan kepada anak cucu nanti. Itu semua untuk pejuang-pejuang Islam melalui PAS.

Ketika perjuangan Islam dijulang dan dimartabatkan rakyat berbilang kaum. Ketika itu jualah ia dirobek dan dibunuh oleh orang sebangsa dan seagamanya. Pelik tetapi itu lah kenyataannya. Ketika kaum cina begitu berbangga dengan orang melayu Islam yang memimpinnya, ketika kaum india merasa senang dengan pemimpin parti Islam menerajui mereka. Ketika itulah orang melayu UMNO merasa sangat berdendam dengan semua itu.

Pasrah sahaja kepada Ilahi, semua daya telah diupayakan, takdirNya diterima dengan redha. Al-hamdulillah dalam bisik-bisik sahabat di Perak, banyak juga perbincangan tentang kelemahan yang ada sebagai muhasabah untuk diperbaiki. Mungkin juga itulah titik keizinan tuhan kejatuhan itu berlaku. Barangkali juga itu adalah ujian untuk mendapat kemenangan yang lebih besar. Pastinya seribu hikmah dapat dijadikan iktibar untuk semua ketentuan ini....

0 ulasan: