Hampir pasti Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering akan berlaku dalam tempoh 60 hari dari esok. ADUN (PKR) Pakatan Rakyat memilih untuk meletak jawatan berbanding kekal sebagai ADUN Pakatan Rakyat atau melompat ke UMNO/BN. Sesuatu percaturan yang menimbulkan banyak syak dan kemungkinan.

Ketika ini pun saya sedang mendengar 'streaming' radio BERNAMA yang melaporkan ADUN2 tersebut menafikan meletak jawatan, sebaliknya surat perletakkan jawatan tersebut telah ditandatangani pada Mac 2007 selepas PRU yang lalu. Sejauhmana kebenaran berita-berita ini hanya akan diketahui kelak.

Relatifnya, jika pilihanraya kecil berlaku di saat ini, ia bukanlah suasana yang memihak kepada UMNO/BN kerana UMNO sedang kelam kabut dengan rumahtangganya. Luka kekalahan PRK Kuala Terengganu sudah tentu masih belum kering pun. Bahang Mesyuarat Agung pemilihan pula semakin hampir, belum lagi seretan isu-isu berkaitannya iaitu RASUAH politik dan cadangan pemansuhan sayap2 UMNO.

Justeru, jika Pakatan Rakyat memilih percaturan PRK sudah tentu semua orang boleh menjangka siapa bakal diganyang menjelang hari pengundian. Lebih teruk lagi keputusan PRK tersebut bukan sahaja akan memberi kesan kepada pengundi di kawasan terbabit, bahkan akan memberi kesan senario politik seluruh negara. Paling ditakuti wabak lompat parti di kalangan wakil rakyat BN akan merebak secara dahsyat!

Oleh itu, jika benar PRK akan berlaku di Behrang dan Changkat Jering di situlah sebenarnya klimaks perubahan kepada pemerintahan negara ini. Semoga doa dan pengharapan pejuang-pejuang Islam kepada rabbul Izzati sering mengiringi suasana penuh getir dan mencabar ini. Semoga ujian yang bakal ditempuhi akan mendekatkan kita kepada kekuasaannya. Amin

0 ulasan: