Tamrin Qiyadi PAS Kapar: Menjana Kekuatan

7 Feb - PAS Kapar melalui Lajnah Tarbiyahnya telah menganjurkan Tamrin Qiyadi (Pimpinan) perimgkat kawasan yang dihadiri oleh kepimpinannya peringkat kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Ketua-ketua Cawangan. Program ini telah dilaksanakan di Kg Jawa, Klang.

Tujuan program ini ialah untuk menjana 'wehdatul fikri, wehdatul amal' di kalangan kepimpinan PAS di kawasan Kapar, terutama setelah diberi mandat oleh rakyat menerajui negeri Selangor melalui DUN yang ditandinginya.
Ini bagi memastikan semangat perjuangan di kalangan mereka sentiasa dipacu dengan kefahaman yang mendalam terutama dalam menghadapi situasi politik semasa.
Bagi para peserta yang telah menggalas pelbagai jawatan di pelbagai peringkat seperti ADUN dan Ahli Majlis, program seperti ini sangat diperlukan untuk memastikan agenda parti sentiasa berhada di hadapan memandu segala tindakan mereka dalam urusan kepimpinan rakyat keseluruhannya.

0 ulasan: